Liebster Award by Cik Candy

Assalamualaikum kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian :) Uolls sihat. Alhamdulillah. Hihi Emma excited kena tag dengan Cik Candy sebenarnya. Thanks a lot ya Cik Candy :) Btw, maaf sebab lambat sikit response. Emma baru berpeluang nak jawab Cik Candy huhu :')



Okay now, jom jawab soalan dari Cik Candy :D

1)Keluarga berada or keluarga miskin mana lagi bahagia?
  • Bagi Emma, bergantung pada keluarga tersebut. Emma tengok ada je keluarga miskin bahagia, yang tak bahagia pun ada. Macam tu jugak keluarga berada. Sebab apa mereka tak bahagia? Mungkin kerana mereka tak menjaga hubungan baik dengan Allah (yang Islam). Bagi Emma, kalau hidup kita sentiasa bergantung kepada Allah, contohnya kita solat fardu penuh 5 waktu, selalu berdoa dimurahkan rezeki dan sebagainya, In Sya Allah Dia akan mempermudahkan segalanya. In Sya Allah tiada masalah antara ahli keluarga. In Sya Allah keluarga bahagia dunia akhirat :)
2)Lelaki or Perempuan yang mane lagi banyak persaingan?
  • Of course lah perempuan. Sebab perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Hihihi :)
3)Cipta satu kata-kata semangat untuk Cik Candy.(bebas)
  • It's okay, it's alright, Cik Candy Cutie fight fight fight! XO
4)Ape motif korang Blogging?
  • Motif Emma ber-blogging ni sebab nak isi masa lapang. Maklum lah, lepasan SPM menganggur kan. Huhuhu :')
5)Pandangan korang mengenai blog cik Candy?
  • Simple but nice :)
6)Lagu yang korang suka ,sebab?
  • Emma suka dengar lagu yang slow-slow dan sedih. Rasa macam ada dalam drama korea. Hahaha :D
7)IPTA or IPTS lagi berkualiti ? bincangkan.
  • Ramai orang cakap IPTA lagi berkualiti. Kalau IPTS tu anak orang berada boleh lah sebab yuran and bla bla bla dia mahal. Tapi bagi Emma depends lah kat students tu sendiri, kalau dia rajin usaha sungguh-sungguh, berkualiti lah dia :)
8)Belajar or Kerja yang mana korang lagi Suka? Sebab?
  • Emma suka belajar. Banyak sangat benda yang best time belajar. Hmm rindu nak sekolah huhuhu :( Lagipun, Emma takda pengalaman bekerja :)
9)Lelaki or perempuan lagi boros?
  • Kalau dua-dua manusia ni kaya, Emma percaya perempuan tu lagi boros. Sebab perempuan ada 9 nafsu dan satu akal, manakala lelaki ada 9 akal dan satu nafsu :) *Emma mengaku kalau pergi mall Emma rasa nak beli satu mall, padahal tak mampu. Hahaha :'D
10)Perlu ke perempuan kena pandai masak sebelum kawin? Pandangan korang ?
  • Mungkin kalau orang tua-tua cakap perlu. Tapi tak perlu memaksa diri sendiri sebenarnya kot. Kalau dah kahwin, and isteri tak pandai masak, takkan suami nak marah kot. Suami isteri kan kena saling memahami, saling membantu. So, belajarlah masak sama-sama. Barulah sweet gitu! Hahaha :D
Yeah! Emma dah habis jawab soalan Cik Candy. Macam KBAT pulak rasanya hahaha. Okay sekarang giliran Emma pulak buat soalan. Jeng jeng jeng!

  1. Apa azam 2015 awak?
  2. Adakah awak sokong budaya couple? Jelaskan pendapat awak.
  3. Awak pilih cinta atau setia? Sebab?
  4. Awak pilih wang atau cinta? Sebab?
  5. Boleh ke perempuan bersahabat baik dengan lelaki?
  6. Awak suka shopping online? Pernah tak ditipu dan apa perasaan awak?
Hehehe maaflah kalau soalan Emma ni mengarut ke ataupun kelaut ke apa ke. Emma tag ya. Peace yo! :D

Sayidah

Syarat :
  1. Answer the questions.
  2. Nominate other bloggers.
  3. Create the questions.
  4. Notify your nominate.
Semoga Berjaya ! Wallahu 'alam. Assalamualaikum :)

7 comments:

  1. Hahaaa thnks ye dik menjawab soalan ioll. Soalan yang emma kemukakan lagi gempak kowt.. Class uoll. Jawab jgn tak jawab ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..most welcome and thank you too cik candy :)

      Delete
  2. okay soalan bestt. saya jawab sekarang. jap naa hehe

    ReplyDelete
  3. done jawab. :D

    http://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/liebster-award-3.html

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah done jawab semua soalan...

    http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2015/02/libster-award.html

    ReplyDelete