Resepi Cendawan Goreng Rangup


Assalamualaikum w.b.t :)

Resepi ni Emma ambik dekat majalah . Alah cendawan rangup yang korang beli kat pasar malam tu . Inilah dia ! Tak payah beli dah lepas ni . Buat sendiri je kat rumah . Lagi sedap . Ye dok? Air tangan sendiri lah katakan ^_^


Bahan-bahan :
  • 3 paket cendawan tiram segar
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung goreng berempah/serbaguna
  • minyak secukupnya

Cara-cara :
  1. Basuh cendawan dan toskan sehinnga kering.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul.
  3. Tuang tepung ke dalam mangkuk yang berasingan.
  4. Gaulkan cendawan dengan telur sehinnga sebati.
  5. Panaskan minyak dan kecilkan api.
  6. Gaulkan pula cendawan tadi bersama tepung dan gaul rata.
  7. Goreng sehinnga garing.

Extra :

Kalau uolls suka, tambahkan bijan ke dalam telur yang dipukul sebelum mencelupkan cendawan ~




*Quote of the day

Wallahu 'alam . Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment