5 Waktu Ideal untuk Ber"Shopping"

Assalamualaikum semuanya.

Rasanya macam dah lama Emma tak update blog. Padahal baru beberapa hari hihihi :) Okay, harini Emma nak share dengan uolls apa yang Emma baca dalam majalah Dara.com. Uolls pernah baca tak? Yang perempuan mungkin kebanyakannya pernah. Majalah ni banyak memberi info yang berguna terutamanya untuk para remaja wanita macam Emma ni. Hiks :)

Okay apa yang Emma nak share ni harapnya berguna dan bermanfaat ye untuk kita semua. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Lelaki pun ada yang suka bershopping jugak, betul tak?


Okay, first of all, waktu ideal untuk berbelanja atau bershopping adalah ketika jualan murah. Waktu ada sale and discount besar-besaran contohnya. Time ni lah kita kena rebut peluang dengan geng-geng yang suka bershopping untuk habiskan duit. Opps. Hehehe sekali sekala apa salahnya kan. Kot-kot tengah drive tetiba nampak ada banner CNY Sale terpampang, boleh lah singgah. Bukan senang tau dapat discount besar-
besaran hahaha.


Yang kedua, kita semua kalau nak bershopping, amatlah digalakkan pada waktu hujung minggu. Sebab apa? Sebab biasanya memang pusat membeli belah memang tawarkan discount waktu ni. Mestilah diorang nak tarik lagi banyak pengunjung kan. Kita lah salah seorang daripada pengunjung tu. Hihihi :)


Yang ketiga, semestinya waktu diadakan jualan gudang. Biasanya jualan gudang ni ada dalam 2 kali setahun. Jualan untuk penghabisan stok sebab stok baru dah sampai. Alah, tak semestinya semua barang nak kena ikut trend kan. Contohnya barang elektrik. So, go grab it selagi ada peluang untuk berbelanja sakan! Cewahhh!


Okay next, bila lagi ye kalau bukan sewaktu diadakan Ekspo & Pameran. Emma pantang dengar perkataan ekspo ni. Mesti nak pergi punya sebab confirm murah-murah. Hehehe. Tapi, kenalah pilih yang berkualiti jugak. Jangan pakai ambik je! Nanti menyesal baru tau!

Last but not least, apalagi kalau bukan jualan akhir tahun. Time ni mesti padat punyalah orang kat mall. Yelah, dah nama pun hujung tahun, mesti lah ramai yang dapat bonus daripada bos kan. Hehehe. Tapi, walaupun jualan akhir tahun pun, ada jugak kedai yang naikkan harga dulu sebelum bagi discount. So, pandai-pandailah ye kita bandingkan harga dulu. Ambik yang paling murah sekali! Hahaha.


Okay Emma rasa itu saja untuk kali ni. Ingat ye, walaupun duit tengah berkepuk, kena pandai berjimat jugak. Tambah-tambah lagi zaman sekarang semua perlukan duit. Nampak tak betapa pentingnya duit tu! Haih, nak ambik lesen pun dah seribu. Bila lah giliran Emma ambik lesen. Kawan-kawan dah ramai yang pass! Argghh tension Emma kat rumah ni mereput je!

Okay lah. Bye. Selamat bershopping! XOXO

3 comments: