14 Kebaikan Makan Coklat


Assalamualaikum w.b.t :)

Uolls suka makan coklat? Elok ke makan coklat ni sebenarnya ek? Sebenarnya, Emma suka sangat sangat sangat makan coklat tau. Tapi Emma takda lah makan hari-hari. Yelah coklat bukannya murah betul tak? Pokai lah duit ayah Emma kalau Emma mintak nak makan coklat hari-hari.

Btw, Emma ada buat research sikit pasal kebaikan makan coklat tadi. Emma tau, kebanyakan orang memang hantu coklat macam Emma. Sebab tu lah Emma nak share. Coklat ni kononnya boleh bagi perasaan gembira kepada kita, betul ke? Kalau nak tau apa sebenarnya kebaikan coklat, sila teruskan membaca entry ni ya. Entry ni memang khas untuk para penggemar coklat yang dikasihi sekalian.



Okay yang pertama sekali, coklat adalah sejenis makanan yang berkhasiat. Sebab apa? Sebabnya coklat menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut

  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Yang kedua, coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi. Contohnya tannin, kasein dan asid oksalik.Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria. Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi. Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Yang ketiga, coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Yang keempat, coklat melambatkan proses penuaan. Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Yang kelima, coklat mengurangkan kadar serangan strok. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

Yang keenam, coklat melindungi kulit anda. Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

Yang ketujuh, coklat boleh mengelakkan batuk-batuk. Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

Yang kelapan, coklat memberikan anda mood yang baik. Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.


Yang kesembilan, coklat kaya dengan vitaminCoklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita, pra menstruasi (PMS). Dengan menikmati coklat, ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita. Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.

Yang kesepuluh, coklat boleh mengisi perut anda. Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu. Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Yang kesebelas, coklat ialah makanan yang menenangkan. Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja. Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu. Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat. Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.

Yang kedua belas, coklat boleh membuatkan anda bijak. Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

Yang ketiga belas, coklat meningkatkan kadar penglihatan. Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

Yang keempat belas, coklat membantu meningkatkan peraliran darah. Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.


Okay itu sahaja, uolls faham tak? Kalau faham, alhamdulilah. Fakta-fakta ni semua Emma dapat dari Google. Emma tak pasti sahih ke tak hehehe. Tapi yang penting mindset betul tak? Macam-macam blog Emma terjah untuk dapatkan semua ni. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi dan kepada yang sudi baca entry Emma ni.

Emma tahu mesti ramai baca yang bold je kan. Mesti ramai skip fakta yang panjang-panjang tu. Hahaha :D
Btw, orang kata, coklat yang paling bagus ialah dark chocolate. Betul ke?

Last but not least, Emma ada terjumpa satu blog ni. Semua kandungan blog ni adalah mengenai coklat. Kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih banyak info tentang coklat, boleh lah KLIK SINI. Harapnya dapat membantu uolls. Wallahu 'alam. Assalamualaikum :)

3 comments:

  1. Awak ditag =) Kalau ada masa jemput join yea

    http://pengemudamerahjambu.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html

    ReplyDelete
  2. Banyak gak eyh kebaikan makan coklat nie. Saya pun suka gila makan coklat. Yummyyyyyyyyy. Hehehe Tapi saya tak suka coklat yang terlampau manis. Rasa nak marah jer. Hahahaha

    ReplyDelete